Laman Utama / Galeri & Pameran

Galeri & Pameran

Galeri Pameran Dalaman

  • Akuarium Ikan Air Tawar

    Akuarium Ikan Air Tawar

    Mulakan penerokaan dunia sains melalui terowong akuarium air tawar pertama di Malaysia. Kenali keunikan 15 spesies akuatik tropika serta saksikan penyelam kami memberi makan ikan setiap hujung minggu* (*Tertakluk kepada perubahan semasa).

  • Galeri Wonderspark

    Galeri Wonderspark

    Belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan Akua, Cahaya dan Angin serta bagaimana elemen-elemen ini membantu mengemudi teknologi hijau masa hadapan.

  • Galeri Eureka

    Galeri Eureka

    Cabar minda anda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif! Bersedia untuk menjerit "Eureka!" apabila anda berjaya menyelesaikan kesemua cabaran di dalam zon Challenge Your Mind, Colour and Sound, Illusion dan All About Numbers.

  • Kids' Discovery Place

    Kids' Discovery Place

    Sebuah galeri yang berkonsepkan bermain dan meneroka sambil belajar dalam persekitaran yang berinteraktif, hands-on, ceria, selesa dan mengujakan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

  • Kid's World

    Kid's World

    Zon interaktif Istimewanya Saya, Kreativiti, Bunyi & Muzik serta Mesin yang mengujakan minda kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

  • I-Rays

    I-Rays

    Fahami prinsip asas sains dalam bidang biologi, fizik, kimia, sains tanah dan terokai dunia mikro dan makro dalam galeri penuh penerokaan ini. Selami dunia sinaran dalam 3 bahagian pameran; pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian.

Zon Pameran Outdoor

  • Interactive Walkways

    Interactive Walkways

    Aktifkan dirimu! Sahut cabaran di laluan berhalangan sepanjang lereng. Uji ketangkasan dan imbangan anda sebelum meneruskan pengembaran sains.

  • Garden of Nature

    Garden of Nature

    Singgah sebentar dan bersantai di Garden of Nature sambil ditemani kehijauan, bunga-bungaan mekar serta kupu-kupu berterbangan. Datanglah pada setiap Sabtu pagi, anda berpeluang melepaskan sendiri kupu-kupu!* (*Tertakluk kepada perubahan semasa)

  • Taman Prasejarah

    Taman Prasejarah

    Kembali ke zaman prasejarah ketika dinosaur menakluki Bumi! Mengembara bersama reptilia purba seperti Triceratop, Stegosaurus, Pachycephalosaurus dan Tyrannosaurus Rex.

  • Taman Herba

    Taman Herba

    Setiap tumbuhan menyimpan rahsia rasa dan khasiat tersendiri. Daripada misai kucing dan tongkat ali, sehingga ke ramuan ruji dapur anda, suatu petua kesihatan turun-temurun!

  • Zon Interaktif

    Zon Interaktif

    Taman permainan fizik untuk anda semua! Rasai pergerakan harmoni pada buaian berpasangan, cabar daya emparan di atas gasing gergasi serta daki struktur Max Climber hingga ke puncak.

  • Water Plaza

    Water Plaza

    Bukan sekadar percikan air, ia eksperimen hidrodinamik air. Anda dapat lihat sendiri keajaiban air melalui penerokaan interaktif.

Pameran Obskura XR

Mari terokai dunia realiti maya dan teknologinya. Imersifkan diri anda dalam dunia di mana sains adalah magik.

TAMAN DIGITAL

  • Luncur Pelangi — gelongsor bermandikan cahaya

    1. Luncur Pelangi

    Menggelongsor sambil bermandikan cahaya. Imej pada slide tersebut akan bertukar apabila pengunjung menuruni gelongsor. Aktiviti ini dapat meransang deria, meningkatkan kemahiran motor dan mencetus kreativiti melalui aktiviti fizikal yang interaktif dan imersif.

  • Jelajah Biru — dasar lautan digital 360°

    2. Jelajah Biru

    Menjelajah ke dasar lautan bersama hidupan laut dan pelajari ekosistem melalui paparan digital 360°. Rasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut seperti ikan paus, penyu dan pelbagai hidupan yang menarik dan unik.

  • Metro Tekno — mewarna kenderaan 3D

    3. Metro Tekno

    Serlahkan kreativiti & imaginasi dengan belajar sambil mewarna pelbagai jenis kenderaan darat, udara dan air. Imbas dan perhatikan imej 3D kenderaan anda akan muncul dan bergerak di dalam dunia bandar digital. Permainan ini akan mencetuskan kreativiti dan merangsang daya imaginasi dalam berkarya.

DUNIA FANTASI

  • Portal Poligon — portal infiniti landscape polygon

    1. Portal Poligon

    Portal infiniti yang dilengkapi dengan magical landscape flora and fauna berbentuk polygon dan berakhir dengan suasana hujan yang memberi pengalaman imersif kepada pengunjung. Aktifkan suasana magis dengan lontarkan suara anda.

  • Menangkis Serangan — VR e-sukan

    2. Menangkis Serangan

    Era baru e-sukan yang dikuasakan oleh teknologi realiti maya (VR). Bersiap sedia dan pakai perisai anda untuk berjuang. Alami perjuangan menembak mengunakan Realiti Maya (VR) yang mengasyikkan. Pastikan bola tenaga anda berputar dan asah kemahiran menembak dan koordinasi mata-tangan anda.

  • Riak Rimba — rantai makanan ekosistem interaktif

    3. Riak Rimba

    Pernahkah anda berpeluang menyaksikan bagaimana rantai makanan dalam ekosistem kita berlaku? Terokai dan pelajari tentang flora dan fauna ekosistem dengan memijak bulatan interaktif di atas lantai.

  • Cabaran Mendaki — AR dinding panjat

    4. Cabaran Mendaki

    Serlahkan deria labah-labah dalaman anda dan panjat ke puncak. Dinding ini menggabungkan teknologi Augmented Reality (AR) dengan pelbagai misi untuk dipilih. Kemahiran pembelajaran kinestetik badan yang digunakan dalam aktiviti ini boleh meningkatkan penggunaan seluruh anggota badan kita untuk menyelesaikan misi.

Maklumat Penting

Keperluan Ketinggian: 140 cm dan ke atas

Waktu lawatan: 9.00 pagi – 5.00 petang, Sabtu sehingga Khamis. Tutup pada hari Jumaat.

KategoriHarga tiket
Dewasa (13 tahun & ke atas)RM 8.00
Kanak-kanak (4 – 12 tahun)RM 6.00
Rombongan Sekolah Menengah (termasuk guru)RM 5.00
Rombongan Sekolah Rendah/ Prasekolah (termasuk guru)RM 3.00
Warga Emas (55 tahun & ke atas)Percuma
Kanak-kanak (3 tahun & ke bawah)Percuma
Orang kelainan Upaya (OKU)Percuma

* Bayaran masuk galeri ini tidak termasuk caj tiket kemasukan ke Pusat Sains Negara.

Soalan Lazim — Tanya PSN